Isnin, 14 Jun 2010

Perginya Yang Sukar Dicari Ganti

0 ulasan

Pada tanggal 10 Jun 2010 kami dikejutkan dengan satu lagi berita kembalinya kerahmatullah allahyarham Haji Mat Nor.Beliau menghembuskan nafas terakhir di rumah anaknya di Ipoh pada pukul 4.30 pagi.Sepanjang hayatnya beliau adalah seorang yang sangat rajin menguruskan hal-hal di surau.Setiap pagi beliaulah orang yang pertama sampai ke surau,membuka lampu,menyapu dan melaungkan azan subuh.Pemergian beliau amat dirasai oleh seluruh jemaah Surau Al-A'maliah Taman Sentosa Kampar.Jenazahnya telah disempurnakan di rumahnya di Taman Sentosa.Doa kami semua semoga rohnya bersemadi dengan aman bersama-sama orang yang beramal soleh.Kepada isteri beliau Puan Hajah Khatimah iaitu salah seorang ahli kumpulan yasin Halaqah Mukminah bersabarlah banyak-banyak menempuh ujian dari Allah Yang Maha Esa.Pada hari tersebut kumpulan yasin Halaqah Mukminah telah membantu menguruskan memasak untuk ahli keluarga beliau dan orang ramai yang menguruskan pengebumian.Jutaan terima kasih kepada semua kumpulan yasin Halaqah Mukminah yang sudi membantu.












Rabu, 2 Jun 2010

Perlantikan Jawatankuasa Halaqah Mukminah

0 ulasan
Syukur Alhamdulillah, mesyuarat pertama perlantikan jawatankuasa Halaqah Mukminah telah berjaya dilangsungkan pada 30 Mei 2010. Mesyuarat bermula jam 5.20ptg dan ditangguhkan jam 6.30ptg. Kehadiran ahli 23 orang. Senarai ahli yang dilantik adalah seperti berikut:-


Ketua : Pn Rashidah
Naib Ketua : Pn Fatimah
Setiausaha : Pn Kamaliah
Penolong Setiausaha : Pn Rosilawati
Bendahari : Pn Zaitun
AJK :
1) Pn Ainon
2) Pn Badiah
3) Hajah Maimunah
4) Hajah Hazizah
5) Hajah Maznah
6) Pn Hamidah
7) Pn Rokiah