Isnin, 17 Mei 2010

Jemputan Bacaan Yasin dan Tahlil di Rumah Kak Chah

0 ulasan
Kumpulan Yasin Halaqah Mukminah telah menerima undangan bacaan Yasin dan Tahlil di rumah Kak Chah di Taman Bandar Baru Jaya pada 16 Mei 2010 selepas solat Asar. Beliau akan menunaikan umrah pada 9 Jun 2010. Kumpulan Yasin Halaqah Mukminah mengucapkan selamat menunaikan umrah kepada beliau dan didoakan semoga mendapat umrah yang mabrur.

Terima kasih juga kepada Kak Chah yang telah menyediakan makanan yang sedap dan lazat. Paling tidak dilupakan ialah pecal. Tak pernah rasa pecal sesedap itu....

Apa-apa pun, thanks for everything.
Kalau sudi, jemput la lagi...

Rabu, 12 Mei 2010

DALAM KENANGAN...

0 ulasan
Tanggal 3 Mei 2010(1.20 pagi)
Dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah bonda puan Rashidah yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan yasin Halaqah Mukminah.Allahyarham Hajjah Minah meninggal dalam usia 82 tahun.Disebelah paginya beliau sempat bersama-sama kumpulan yasin Halaqah Mukminah menunaikan solat sunat tasbih di surau Al-A'maliah Tmn Sentosa Kampar.Semoga rohnya bersemadi dengan aman bersama orang yang beriman dan beramal soleh...


Selasa, 11 Mei 2010

Solat Sunat Tasbih bersama Ustazah Nasiah Guru Takmir Jabatan Agama Islam Selangor

0 ulasan
Tanggal 2 Mei 2010 kumpulan yasin Halaqah Mukminah telah menjemput ustazah Nasiah bagi menjayakan program solat sunat tasbih. Program bermula pukul 10.30 pagi. Alhamdulillah,majlis telah berjalan dengan lancar.Setelah selesai solat sunat tasbih tetamu telah dihidangkan dengan jamuan makan tengahari yang enak sekali...nasi beryani,rendang tok,acar rampai,gulai lemak pisang,agar-agar dan bubur kacang.Terima kasih kepada semua ahli yang telah bertungkus-lumus membantu menjayakan program tersebut...tidak dilupakan juga kepada sesiapa sahaja yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan majlis ini...





 










Isnin, 10 Mei 2010

Solat Dhuha, Taubat dan Hajat bersama Ustaz Badrulamin

0 ulasan
Kumpulan Yasin Halaqah Mukminah telah menganjurkan solat sunat Dhuha, Taubat dan Hajat bersama Ustaz Badrulamin pada hari Isnin cuti Raya Cina, 15 Februari 2010.


Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan sempurna...

Penubuhan Kumpulan Yasin Halaqah Mukminah

1 ulasan
Alhamdulillah, tanggal 14hb. Nov 2009 kumpulan yasin muslimat telah berjaya di tubuhkan di Surau Al-Amaliah Tmn. Sentosa Kampar, Perak. Saya (Rashidah Mat Ali) telah memberi cadangan untuk menamakan kumpulan yasin kami HALAQAH MUKMINAH bermakna perjumpaan wanita-wanita beriman kepada Allah. Nama tersebut telah dipersetujui oleh ahli kumpulan kami. Macam-macam aktiviti yang telah kami rancangkan untuk tempoh sepanjang tahun 2010..InsyaAllah, setiap perancangan akan berjalan dengan lancar dengan sokongan semua ahli..Pada perjumpaan yang pertama, seramai 20 orang telah hadir..InsyaAllah, mudah-mudahan ahli akan bertambah dari masa ke semasa..