Isnin, 10 Mei 2010

Penubuhan Kumpulan Yasin Halaqah Mukminah

Alhamdulillah, tanggal 14hb. Nov 2009 kumpulan yasin muslimat telah berjaya di tubuhkan di Surau Al-Amaliah Tmn. Sentosa Kampar, Perak. Saya (Rashidah Mat Ali) telah memberi cadangan untuk menamakan kumpulan yasin kami HALAQAH MUKMINAH bermakna perjumpaan wanita-wanita beriman kepada Allah. Nama tersebut telah dipersetujui oleh ahli kumpulan kami. Macam-macam aktiviti yang telah kami rancangkan untuk tempoh sepanjang tahun 2010..InsyaAllah, setiap perancangan akan berjalan dengan lancar dengan sokongan semua ahli..Pada perjumpaan yang pertama, seramai 20 orang telah hadir..InsyaAllah, mudah-mudahan ahli akan bertambah dari masa ke semasa..

1 ulasan:

Kelab PPDa SMK BBST berkata...

Assalamualaikum. setinggi pujian buat Allah dan Rasululah. Tahniah buat anda kerana telah berjaya membina blog yang dapat menyebarkan maklumat-maklumat serta perkembangan aktiviti muslimah Taman sentosa. Saya memohon kehadrat Allah SWT semoga dengan adanya blogspot ini akan meningkatkan lagi aktiviti serta menambah lagi keharmonian muslimah tmn sentosa serta taman yang berdekatan dan daerah Kampar amnya.

Catat Ulasan