Ahad, 5 Disember 2010

ZIARAH KE RUMAH HAJAH HAMIDAH DI KAMPUNG BATU PUTIH....5 DISEMBER 2010 ( 5.00 PETANG)

Tanggal 5 Dis.2010 jam 5.00 petang KYHM telah pergi menziarahi salah seorang ahli kami iaitu Hajah Hamidah yang baru kembali dari menunaikan rukun Islam kelima. Kesedihan masih terpancar di wajah beliau kerana semasa menunaikan haji salah seorang putera kesayangan beliau iaitu Muhd Azrul Izat yang berusia 19 tahun telah kembali ke Rahmatullah disebabkan kemalangan jalan raya.
Hajah Hamidah dan suami telah kembali ke tanah air pada 23 Oktober 2010 manakala puteranya pula kembali ke Rahmatullah pada 20 Oktober 2010.  Kami KYHM berharap beliau dan keluarga sabar dan tabah dengan dugaan dari yang Maha Esa. Dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita akan kembali. 















0 ulasan:

Catat Ulasan